BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 15, 2010

Mercun Oh Mercun!!!...




Assalamualaikum..
Apa khabar semua?..

Diharapkan Ustaz Faisal, kawan-kawan yang saya kasihi dan pembaca-pembaca blog saya dalam keadaan sihat hendaknya..Semoga kita diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan..Insyaallah ye sahabat-sahabat..
Sempena kita semua menyambut puasa ni, saya terfikir untuk mengulas isu mengenai bulan Ramadhan. Banyak isu yang bermain di fikiran saya untuk dikongsi bersama-sama ustaz dan sahabat-sahabat sekalian..Ape ye isu sye2...jeng-jeng2....
Memandangkan ini adalah entry saya yang pertama dan kebetulan pada bulan Ramadhan ni, saya berminat untuk mengupas isu yang sangat hangat diperkatakan di dada-dada akhbar apabila tibanya bulan Ramadhan ni iaitu berkenaan dengan mercun...

Saya rasa topik mercun ni memang famous sekarang..Maklumlah, dah tibanya puase..Mesti kanak-kanak seronok sangat bila tibanya bulan puase dan rayakan..Sebabnya boleh bermain mercun. Kebiasaannya, kanak-kanak ni akan bermain mercun sesama mereka dan bermain mercun tidak kira di mana-mana. Contohnya, mereka bermain di rumah-rumah orang lain, di tepi-tepi surau dan masjid, di taman-taman permainan yang berdekatan taman perumahan dan sebagainya. Hal ini sudah pasti mengganggu masyarakat sekeliling dengan bunyinya yang bising tu..

Ada satu hari2, saya menyapu di hadapan rumah.Tengah-tengah syok saya mengemas ni, tiba-tiba saya terdengar satu bunyi...BooOOOOMMMM!..Ya Allah, punyalah terkejut saya, hanya Tuhan yang tahu..Saya pun carilah di mana punca bunyi yang kuat2..Rupa-rupanya,saya lihat kanak-kanak yang masih berbaju sekolah bermain mercun di hadapan rumah saya. Ramai jugaklah mereka2, ada dalam sepuluh orang. Riuh rendah mereka membakar mercun2 sambil menyakat kawan-kawan lain. Saya lihat kawasan sekeliling, tiada orang dewasa yang mengawasi..Siapa yang akan bertindak kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini?....

Sekarang ni semua tempat ada sahaja kedengaran bunyi mercun..Bising..Sangat memekakkan telinga..Yang membuatkan saya geram ialah mereka ni membakar mercun di rumah-rumah orang, bukannya rumah sendiri..Tindakan mereka ini sangatlah menganggu penghuni rumah yang sedang leka menyiapkan juadah berbuka dan bermacam-macam lagi aktiviti harian yang lain..Ibu bapa mereka boleh membiarkan sahaja perbuatan anak mereka, janji rumah mereka bersih. Lagi dasyatnya apabila mercun yang mereka bakar mengganggu jemaah yang sedang solat, membaca al-Quran di surau atau masjid.

Hei..memang banyak dah bersabar di bulan yang mulia ni..Tetapi perbuatan mereka ni sudah keterlaluan dan boleh membahayakan diri, orang lain di samping rumah orang pun akan turut terbakar disebabkan perbuatan mereka ni..Bunyi mercun yang kuat2 boleh membuatkan orang sakit jantung apabila bunyinya berdekatan dengan kita..Yang peliknya ibu bapa mereka langsung tidak mengawasi perbuatan anak mereka yang boleh mengancam nyawa itu..Sepatutnya mereka menasihati anak mereka supaya bermain di kawasan lapang agar tidak mengganggu orang.

Sahabat-sahabat sekalian,

Kita semua taukan Ramadhan adalah bulan yang suci untuk bertakwa kepada Allah, berpuasa, membaca al-Quran serta mengeratkan silaturrahim. Ia adalah bulan untuk beribadat. Tetapi di mana fungsi mercun yang berbunyi kuat dalam aktiviti bulan Ramadhan ini??.... Bunyi mercun yang kuat2 membuatkan orang lain tidak gembira...atau mereka pun turut suka dengan bunyi-bunyi yang membingitkan telinga2..

Kalau ditanya kepada mereka, memang mereka rasa seronok sangat.Ahh..kanak-kanak, biasalah. Mereka hanya tahu berseronok sahaja..Berseronok banyak caranya dan ibu bapa perlulah meneliti cara mereka berseronok agar tidak terjerumus dengan gejala negatif dan mengundang kemarahan orang ramai..Betul tak kawan-kawan...Perbuatan mereka ni memang menguji tahap keimanan bagi mereka yang mengerjakan ibadah puasa..Sabar sajalah...ni kan bulan Ramadhan..

Sepatutnya ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Tidak terjerumus kepada perkara yang membahayakan diri sendiri dan orang lain..Bermain bunga api2 bolehlah rasanya...yang tidak mengganggu orang lain selain tidak bising bunyinya..Hanya sekadar nak memeriahkan lagi suasana apabila raya nanti..Apa orang kata2, best kalau lihat bunga api yang sangat cantik2 pada waktu malam..Terasa cikit suasana nak menyambut raya nanti..Hehe..Ada juga macam2 ya..

Erm..sedar tak sedar isu kita ni dah nak sampai ke penghujung dah..Baiklah sahabat-sahabat semua, awasilah setiap tingkahlaku dan pergerakan adik-adik kita yang sedang leka dengan mercun ni..Nasihatlah mereka agar tidak terjebak dengan permainan yang membahayakan ni..Hargailah nyawa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita dengan menjaganya dengan sebaik mungkin. Ingatlah ye kawan-kawan semua, nyawa kita ni hanya pinjaman semata-mata dan kita harus bersyukur dengan nikmat yang diberikan Maha Pencipta ni..

Oklah kawan-kawan, sampai sini dulu isu saya yang pertama ni..Emm,rasa-rasanya kawan-kawan dapat tak input baru dengan isu yang saya tuliskan ini??...Mudah-mudahan ada sedikit pertambahan ilmu untuk kawan-kawan semua..Dan moga-moga dengan sedikit ilmu ni dapatlah kita jadikan sebagai panduan untuk bekalan pada hari mendatang..

Sekian,wassalam..Kita jumpa lagi di lain isu...

Jab,jab lum habis laie...Saya nak ucapakan ''Selamat Berbuka Puasa'' pada semua..Lopeh berbuka,jangan lupa solat terawih yo kawan-kawan...





































0 comments: