BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 26, 2010

Tabarruj: Satu keperluan atau kehendak?

Tabarruj? Apakah dia tabarruj??..Tabarruj ialah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samaada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah tidak menutup aurat. Contohnya, perbuatan seperti memakai makeup di muka, di jari, di tudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang..

Jadi contohnya, jika seseorang wanita itu mewar
nai kukunya di dalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian dan ini adalah dilarang walaupun tapak tangan bukanlah aurat. Dan jika seorang wanita itu berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan di kakinya walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap tabarruj dan ia adalah dilarang. Contoh lain ialah jika seseorang wanita itu memakai tudung yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap tabarruj dan ia adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Selain itu, jika seseorang wanita memakai jilbab (jubah) yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun jilbab adalah pakaian yang syar'ie.

Menarik perhatian adalah penentu samaada berpa
kaian itu adalah tabarruj ataupun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, di mana seseorang wanita itu dilarang membuka auratnya walaupun tidak menarik perhatian. Ini jelas sebagaimana Allah berfirman dalam surah an-Nur yang bermaksud:
"Dan janganlah mereka menampakkan perh
iasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.".

Kecuali yang biasa nampak daripadan
ya, bererti muka dan dua tapak tangannya seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya).. Dan Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud" Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya sahaja yang boleh kelihatan"..

Seringkali wanita-wanita di masa kini berpakaian tidak seperti apa yang telah disyariatkan oleh Islam. Terdapat di antara mereka yang berpakaian menjolokkan mata. Contohnya pakaian mereka ketat, jarang, terbelah sana sini dan sebagainya. Ditambah pula dengan makeup yang tebal di muka dan tudung yang tidak menutup dada..

Dahlah baju jarang, menarik perhatian pula warnanya..Muka pula makeup 3 inci tebalnya..Lepas itu, pergi pula ke majlis kahwin, shoping, pergi kerja dan sebagainya..Manalah kaum Adam tidak terjejas nafsunya..

Wahai kaum Hawa, insaflah dan adakah anda ingin diri anda diratah oleh manusia yang bertopengkan syaitan??..

Sekarang ini masih lagi di musim perayaan, dan ada di kalangan wanita yang pergi mengunjungi sanak saudara dan pergi rumah terbuka dengan gaya begini...

Adakah anda semua ingin lihat wanita berpakaian begini pada akhir zaman nanti??Dan adakah anda ingin anak serta cucu cicit anda mengikut jejak ibu serta nenek mereka??..
Jikalau anda membiarkan sahaja masalah ini, nescaya "bumi Malaysia" ini terjerumus ke lembah kesesatan...

Oleh yang demikian, wanita dilarang sama sekali mendedahkan auratnya kecuali muka dan tapak tangan..Hanya suami mereka sahaja dibenarkan untuk melihatnya. "Wahai insan yang bernama wanita, dirimu dan anggota tubuhmu adalah perhiasan yang sangat cantik..Justeru itu, jagalah perhiasanmu yang dianugerahkan oleh Allah Yang Maha Esa itu dengan sebaik-baiknya dan janganlah biarkan dirimu lemah disebabkan bisikan syaitan yang menyesatkan itu"...

Sama-samalah kita meinginsafi diri..Ingatlah bahawa kita ini adalah milik Allah. Tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepadaNya dan mengikut segala suruhan dan laranganNya. Adakah kita dengan rasa bangga ingin menunjukkan perhiasan kita dilihat oleh bukan mahram??Tidak rasa bersalahkah kita, tidak takutkah kita dengan seksaan Allah di akhirat kelak??..Kepada insan yang bernama wanita, hiaskanlah dirimu dengan akhlak dan peribadi yang mulia.. Kerana sebaik-baik wanita adalah wanita solehah......



Aidilfitri:Hari untuk bergembira atau berduka??

Kita masih dalam musim perayaan lagi.. Hari Raya Aidilfitri disambut selama sebulan. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam selain Hari Raya Korban. Maka sewajarnya kita menyambutnya dengan semangat tinggi serta mengharapkan pahala berterusan dari Yang Maha Esa.

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang amat bermakna buat umat Islam. Mereka berasa gembira dan bersyukur semasa perayaan ini. Hal ini kerana mereka dapat melawan nafsu serta memperbanyakkan amal ibadah selama sebulan di bulan Ramadhan. Hari Raya Aidilfitri juga adalah hari kemenangan buat umat Islam. Pada hari yang penuh gembira d
an bersyukur ini, umat Islam akan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta. Di waktu ini, mereka menyambut aidilfitri dengan bermaaf-maafan di atas segala kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan di antara satu sama lain. Sebagai manusia biasa kita sememangnya tidak sempurna. Siapa yang menganggap dirinya sempurna dan tidak pernah melakukan kesalahan adalah mereka yang sombong di atas muka bumi Allah ini.

Anak-anak memohon maaf kepada kedua ibu bapa, sesama adik beradik, saudara mara, sahabat dan jiran. Bagi yang bersengketa masa inilah peluang untuk berbaik semula. Mungkin ada di antara adik beradik yang berselisih faham, maka Hari Raya adalah masa untuk memaafkan segala kesilapan lalu. Memang inilah seruan agama Islam agar kita jangan bermusuhan serta berbaik dengan semua orang apatah lagi dengan keluarga sendiri.

Selain itu, pada hari yang mulia ini, umat Islam saling berkunjung atau menziarahi ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan rakan-rakan. Amalan ini merupakan suatu perkara yang digalakkan dalam
agama Islam. Apabila kita menziarah atau kunjung-mengunjungi dapatlah kita bertanya khabar setelah sekian lama tidak berjumpa. Mungkin ada yang sentiasa sibuk bekerja di bandar maka pada Hari Raya dapat berjumpa saudara dan rakan di kampung. Walaupun setahun sekali, inilah masa untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain. Bawalah anak-anak semasa kita menziarah dan berkunjung di Hari Raya. Masa inilah mereka dapat mengenali saudara mara yang jarang berjumpa, mungkin hanya setahun sekali.

Sungguh indah dan gembiranya umat Islam di
kala itu..Dapat bermaaf-maafan sesama mereka, kunjung-mengunjung, memakai pakaian baru dan menikmati juadah hari raya yang sangat lazat sekali.

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan berdukacita??..

Adakah anda terfikir saat-saat kita sedang seronok dan bergembira semasa Hari Raya ini, terdapat insan yang menyambut aidilfitri dengan berdukacita dan bersedih??..


Adakah salah mereka dan adakah mereka ingin berdukacita sewaktu meraikannya?.....Jawapan kepada persoalan ini anda sendiri yang harus menjawabnya..

Adakah juga anda ingin meraikan Hari Raya ini dengan kehilangan insan yang tersayang??


Pada musim perayaan sahaja, terdap
at beratus-ratus jumlah kematian disebabkan kemalangan jalan raya. Tragedi ngeri ini berlaku pada setiap tahun dan turut mengorbankan banyak mangsa. Sudah bermacam-macam cara yang dilakukan oleh PDRM dan kerajaan bagi menangani masalah ini. Tetapi sikap kita yang cuai dan tidak berhemat semasa memandu menyebabkan kemalangan terjadi. Sewaktu hendak pulang ke rumah, kebanyakan pemandu memandu kenderaan mereka dengan kelajuan yang melebihi hadnya. Kononnya hendak cepat sampai ke destinasi yang ditujui untuk pulang berhari raya tetapi hal lain pula yang terjadi..
Bagaimana pula halnya dengan p
utus jari, mata buta, putus jari kaki akibat daripada bermain mercun??..

Semenjak musim perayaan ini, ada sahaja berita orang buta mata, putus pergelangan tangan dan bermacam-macam lagi. Setiap hari isu ini diperkatakan. Tidak jemu-jemu pembaca berita ini menyampaikan isu yang sama pada setiap hari.. Di setiap negeri ada saja kanak-kanak hilang kaki tangannya akibat mercun. Keadaan ini sudah menjadi biasa dalam masyarakat kita..Seperti kata pepatah, "alah bisa tegal biasa"..Padahal PDRM telah berusaha bertungkus lumus dengan menyekat pengeluaran mercun ini tetapi ada saja berita di televisyen ataupun di suratkhabar mengenai mercun ini..

Adakah salah ibu bapa yang membenarkan anak mereka membelinya ataupun tanpa pengetahuan ibu bapa, mereka mendapatkannya dari rakan-rakan mereka?Jikalau begini, ibu bapa haruslah memantau anak-anak mereka. Jika tidak, anak mereka bakal kehilangan sebahagian anggota badan mereka..

Mungkin ibu bapa mereka tidak sayang anak-anak mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka bermain benda yang membahayakan itu??Atau mereka ingin anak mereka beraya tanpa jari, mata dan kudung kaki mereka??..


Orang lain bergembira dan seronok mer
ayakan hari yang mulia ini dengan keluarga tercinta dan sempurna tubuh badan. Bagaimana dengan mereka yang merayakan Hari Raya dengan kehilangan orang tersayang dan putus jari dan tangan serta mata buta?...
Sepatutnya semua pihak perlu sama-sama membanteras masalah ini agar tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Dan kepada pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar mereka memandu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan memandu dalam keadaan yang berhemah. Jangan jadikan jalan raya seperti litar perlumbaan!!!Jika ianya terjadi, andalah yang menanggung akibatnya..Awas, Berhati-hatilah anda di jalan raya!!!!!

Oleh yang demikian, maka seharusnya kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan adakah kita ingin menyambut perayaan Hari Raya dengan perasaan gembira atau berduka??..Ingatlah orang yang kita sayangi dan jagalah anggota badan kita dari bahaya mercun...