BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 19, 2010

GOOD LUCK MY FRIENDS!!!..

Assalamualaikum kwn2 smua..

em,exm dh nk dkt ni..
dh brsedia dh shbt2 smua mghdpinye..

ap2 pn..sye nk ucpkn good luck kpd shbt2 smua...
smga kalian semua brjye dlm exam sem ni...

good luck!good luck!..

Sunday, September 26, 2010

Tabarruj: Satu keperluan atau kehendak?

Tabarruj? Apakah dia tabarruj??..Tabarruj ialah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samaada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah tidak menutup aurat. Contohnya, perbuatan seperti memakai makeup di muka, di jari, di tudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang..

Jadi contohnya, jika seseorang wanita itu mewar
nai kukunya di dalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian dan ini adalah dilarang walaupun tapak tangan bukanlah aurat. Dan jika seorang wanita itu berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan di kakinya walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap tabarruj dan ia adalah dilarang. Contoh lain ialah jika seseorang wanita itu memakai tudung yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap tabarruj dan ia adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Selain itu, jika seseorang wanita memakai jilbab (jubah) yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun jilbab adalah pakaian yang syar'ie.

Menarik perhatian adalah penentu samaada berpa
kaian itu adalah tabarruj ataupun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, di mana seseorang wanita itu dilarang membuka auratnya walaupun tidak menarik perhatian. Ini jelas sebagaimana Allah berfirman dalam surah an-Nur yang bermaksud:
"Dan janganlah mereka menampakkan perh
iasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.".

Kecuali yang biasa nampak daripadan
ya, bererti muka dan dua tapak tangannya seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya).. Dan Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud" Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya sahaja yang boleh kelihatan"..

Seringkali wanita-wanita di masa kini berpakaian tidak seperti apa yang telah disyariatkan oleh Islam. Terdapat di antara mereka yang berpakaian menjolokkan mata. Contohnya pakaian mereka ketat, jarang, terbelah sana sini dan sebagainya. Ditambah pula dengan makeup yang tebal di muka dan tudung yang tidak menutup dada..

Dahlah baju jarang, menarik perhatian pula warnanya..Muka pula makeup 3 inci tebalnya..Lepas itu, pergi pula ke majlis kahwin, shoping, pergi kerja dan sebagainya..Manalah kaum Adam tidak terjejas nafsunya..

Wahai kaum Hawa, insaflah dan adakah anda ingin diri anda diratah oleh manusia yang bertopengkan syaitan??..

Sekarang ini masih lagi di musim perayaan, dan ada di kalangan wanita yang pergi mengunjungi sanak saudara dan pergi rumah terbuka dengan gaya begini...

Adakah anda semua ingin lihat wanita berpakaian begini pada akhir zaman nanti??Dan adakah anda ingin anak serta cucu cicit anda mengikut jejak ibu serta nenek mereka??..
Jikalau anda membiarkan sahaja masalah ini, nescaya "bumi Malaysia" ini terjerumus ke lembah kesesatan...

Oleh yang demikian, wanita dilarang sama sekali mendedahkan auratnya kecuali muka dan tapak tangan..Hanya suami mereka sahaja dibenarkan untuk melihatnya. "Wahai insan yang bernama wanita, dirimu dan anggota tubuhmu adalah perhiasan yang sangat cantik..Justeru itu, jagalah perhiasanmu yang dianugerahkan oleh Allah Yang Maha Esa itu dengan sebaik-baiknya dan janganlah biarkan dirimu lemah disebabkan bisikan syaitan yang menyesatkan itu"...

Sama-samalah kita meinginsafi diri..Ingatlah bahawa kita ini adalah milik Allah. Tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepadaNya dan mengikut segala suruhan dan laranganNya. Adakah kita dengan rasa bangga ingin menunjukkan perhiasan kita dilihat oleh bukan mahram??Tidak rasa bersalahkah kita, tidak takutkah kita dengan seksaan Allah di akhirat kelak??..Kepada insan yang bernama wanita, hiaskanlah dirimu dengan akhlak dan peribadi yang mulia.. Kerana sebaik-baik wanita adalah wanita solehah......



Aidilfitri:Hari untuk bergembira atau berduka??

Kita masih dalam musim perayaan lagi.. Hari Raya Aidilfitri disambut selama sebulan. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam selain Hari Raya Korban. Maka sewajarnya kita menyambutnya dengan semangat tinggi serta mengharapkan pahala berterusan dari Yang Maha Esa.

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang amat bermakna buat umat Islam. Mereka berasa gembira dan bersyukur semasa perayaan ini. Hal ini kerana mereka dapat melawan nafsu serta memperbanyakkan amal ibadah selama sebulan di bulan Ramadhan. Hari Raya Aidilfitri juga adalah hari kemenangan buat umat Islam. Pada hari yang penuh gembira d
an bersyukur ini, umat Islam akan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta. Di waktu ini, mereka menyambut aidilfitri dengan bermaaf-maafan di atas segala kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan di antara satu sama lain. Sebagai manusia biasa kita sememangnya tidak sempurna. Siapa yang menganggap dirinya sempurna dan tidak pernah melakukan kesalahan adalah mereka yang sombong di atas muka bumi Allah ini.

Anak-anak memohon maaf kepada kedua ibu bapa, sesama adik beradik, saudara mara, sahabat dan jiran. Bagi yang bersengketa masa inilah peluang untuk berbaik semula. Mungkin ada di antara adik beradik yang berselisih faham, maka Hari Raya adalah masa untuk memaafkan segala kesilapan lalu. Memang inilah seruan agama Islam agar kita jangan bermusuhan serta berbaik dengan semua orang apatah lagi dengan keluarga sendiri.

Selain itu, pada hari yang mulia ini, umat Islam saling berkunjung atau menziarahi ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan rakan-rakan. Amalan ini merupakan suatu perkara yang digalakkan dalam
agama Islam. Apabila kita menziarah atau kunjung-mengunjungi dapatlah kita bertanya khabar setelah sekian lama tidak berjumpa. Mungkin ada yang sentiasa sibuk bekerja di bandar maka pada Hari Raya dapat berjumpa saudara dan rakan di kampung. Walaupun setahun sekali, inilah masa untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain. Bawalah anak-anak semasa kita menziarah dan berkunjung di Hari Raya. Masa inilah mereka dapat mengenali saudara mara yang jarang berjumpa, mungkin hanya setahun sekali.

Sungguh indah dan gembiranya umat Islam di
kala itu..Dapat bermaaf-maafan sesama mereka, kunjung-mengunjung, memakai pakaian baru dan menikmati juadah hari raya yang sangat lazat sekali.

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan berdukacita??..

Adakah anda terfikir saat-saat kita sedang seronok dan bergembira semasa Hari Raya ini, terdapat insan yang menyambut aidilfitri dengan berdukacita dan bersedih??..


Adakah salah mereka dan adakah mereka ingin berdukacita sewaktu meraikannya?.....Jawapan kepada persoalan ini anda sendiri yang harus menjawabnya..

Adakah juga anda ingin meraikan Hari Raya ini dengan kehilangan insan yang tersayang??


Pada musim perayaan sahaja, terdap
at beratus-ratus jumlah kematian disebabkan kemalangan jalan raya. Tragedi ngeri ini berlaku pada setiap tahun dan turut mengorbankan banyak mangsa. Sudah bermacam-macam cara yang dilakukan oleh PDRM dan kerajaan bagi menangani masalah ini. Tetapi sikap kita yang cuai dan tidak berhemat semasa memandu menyebabkan kemalangan terjadi. Sewaktu hendak pulang ke rumah, kebanyakan pemandu memandu kenderaan mereka dengan kelajuan yang melebihi hadnya. Kononnya hendak cepat sampai ke destinasi yang ditujui untuk pulang berhari raya tetapi hal lain pula yang terjadi..
Bagaimana pula halnya dengan p
utus jari, mata buta, putus jari kaki akibat daripada bermain mercun??..

Semenjak musim perayaan ini, ada sahaja berita orang buta mata, putus pergelangan tangan dan bermacam-macam lagi. Setiap hari isu ini diperkatakan. Tidak jemu-jemu pembaca berita ini menyampaikan isu yang sama pada setiap hari.. Di setiap negeri ada saja kanak-kanak hilang kaki tangannya akibat mercun. Keadaan ini sudah menjadi biasa dalam masyarakat kita..Seperti kata pepatah, "alah bisa tegal biasa"..Padahal PDRM telah berusaha bertungkus lumus dengan menyekat pengeluaran mercun ini tetapi ada saja berita di televisyen ataupun di suratkhabar mengenai mercun ini..

Adakah salah ibu bapa yang membenarkan anak mereka membelinya ataupun tanpa pengetahuan ibu bapa, mereka mendapatkannya dari rakan-rakan mereka?Jikalau begini, ibu bapa haruslah memantau anak-anak mereka. Jika tidak, anak mereka bakal kehilangan sebahagian anggota badan mereka..

Mungkin ibu bapa mereka tidak sayang anak-anak mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka bermain benda yang membahayakan itu??Atau mereka ingin anak mereka beraya tanpa jari, mata dan kudung kaki mereka??..


Orang lain bergembira dan seronok mer
ayakan hari yang mulia ini dengan keluarga tercinta dan sempurna tubuh badan. Bagaimana dengan mereka yang merayakan Hari Raya dengan kehilangan orang tersayang dan putus jari dan tangan serta mata buta?...
Sepatutnya semua pihak perlu sama-sama membanteras masalah ini agar tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Dan kepada pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar mereka memandu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan memandu dalam keadaan yang berhemah. Jangan jadikan jalan raya seperti litar perlumbaan!!!Jika ianya terjadi, andalah yang menanggung akibatnya..Awas, Berhati-hatilah anda di jalan raya!!!!!

Oleh yang demikian, maka seharusnya kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan adakah kita ingin menyambut perayaan Hari Raya dengan perasaan gembira atau berduka??..Ingatlah orang yang kita sayangi dan jagalah anggota badan kita dari bahaya mercun...

Tuesday, August 31, 2010

Lidah Manis VS Lidah Pahit

Salam Ramadhan buat smua..
erm..diam tak diam, dah masuk sparuh buln kta mgerjakan ibdah puasa.rsa kjb jekn..Mga2 kita dapat memperbanyakkan ibadah puasa kita dgn amalan2 yg mulia.Insyaallah..

Erm..Entry sya pd kali ni ialah bertajuk "Lidah Manis vs Lidah Pahit".Ap 2??..Msti kwn2 semua nk taukn ap die tjuk yg ingin sye kpaskn ni..Baiklah kwn2, sblum sya jlaskan tjuk sye ni, sya nk crita sdkt dgn kwn2 smua mgenai tjuk sya ni.Pd kali ini isu sya mstilah yg berbentuk propaganda ataupun riverse pyschology..Hbtkn tjuknye..Sya pn fkirlah tjuk ap yg sye nk bt utk dikongsikan bersama kwn2 semua..

Stlah sya memerah otak dan berbincang dgn kwn2, maka tercetuslh tjuk ni..Mcm best jekn kwn2 tjuknye..Pd mse yg ditetapkan, mncullah tjuk Lidah Manis vs Lidah Pahit ni..Kwan2 msti nak taukn..Baiklah, sya akan jlaskan kpd kwn2 semua mgenai isu sya pd kli ini..

Allah S.W.T menyuruh umatnya supaya menjaga lidah mereka. Ap yg dpat kta fhami di sini ialah kita hendaklah menjaga lidah kta dgan kata-kata yg baik dan jauhkanlah dari kata-kata yg buruk atau dusta..Erm, kwn2 fhamkan stakat ni ap yg ingin sye smpaikan..

Sebagaimana kita semua ketahui, amalan berzikir kpd Allah adlah amalan yg terbaik dan merupakan cara yg mulia bagi kita sebagai seorang hamba utk mendekatkan diri kita kepada Allah yg Maha Suci dan Maha Tinggi. Allah menyuruh hambaNya berzikir spya kita mendapat bnyk kelebihan dan manfaat dgnnya. Sebagaimana Allah S.W.T berfirman dlm surah al-Baqarah ayat 152 yg bermaksud:

"Dgn itu, ingatlah kamu kpdaKu, nescaya Aku akan ingat kpadmu, dan bersyukurlah kpdaKu, jganlah kamu mengingkari nikmatKu"..

Jlas kwn2 semua, ayat di ats menyuruh kita semua spy bnyakkan mengingati Allah krn dgn ingat kpd Allah, Allah jga akan mengingati kita.Oleh itu kwn2, marilah kta smua ingat sentiasa kpd Allah..sng jekn kwn2 nk ingat kpd Allah krn Dialah yg tlh mnciptakan kita di dunia ni.. Erm.. sempena bulan Ramadhan ni, kwn2 smua eloklah kta memperbanyakkan mengingati Allah dgn berzikir kpdNya.

Kwn2 sekalian,
Dlm bln Ramadhan ni, Rasulullah menyuruh kita semua spy memperbanyakkan menyebut "Lailahailallah"..Rasulullah juga menyatakan bhwa perumpamaan orang yg berzikir kpd Tuhannya dgn org yg tdk berzikir adlh spt org yg hidup dgn org yg mati..Hai kwn2 semua, mcm2 skali perumpamaan org brzikir dgn tdk brzikirkn..Selain i2, kwn2 semua nak tau, kajian sains mendapati bhwa ksan berzikir ni mampu mengaktifkan otak dan saraf kita serta dpat memberi kecergasan kpd kta..klu kta berzikir xdelh lesukn..so, kwn2 ble dlm klas ke kuliah ke,di tmpt kerja ke dn di mana2 kta berada,eloklah kta berzikir..

Rasulullah jg mnyatakan hari kiamat tdk akan berlaku selagi masih ada org yg menyebut perkataan ''Allah, Allah"..Dgn berzikir ni kta semua akn dberi kelebihan dan manfaat yg banyk..kwn2 nak tau ap die??..ok,sye trgkn klebhn brzikir ni..bce elok2 ye dn klu bleh smpn trus dlam kpale..he2x..Kwn2 semua, bnyk sbenanya kelebihan berzikir ni..Tp sye hnye ltakkan sparuh drpnya..Antaranya ialah:
1. Malaikat akan memeluk bg org yg berzikir.
2. Allah akn merahmati dan melindungi kta.
3. Dpt menenangkn jwa kta.
4. Allah akn mengingati kta selama mana kta mengingati Allah.
5. Dpt melepaskn diri kta drpd bhya. (Kta ambil cth di sini dlm kisah Nabi Yunus yg ditelan ikan. Klu Nabi Yunus tak bnyk berzikir, nescaya die tak dpt kluar dri prut ikan2..)Rnung2knlah whai shbt...
6. Mendekatkan diri kta kpd Allah.

Shbt2 semua,
Bnyakkn klebihan org yg berzikir ni..
ok, baiklah kwn2, kta pergi pla kpd mengumpat atau "ghibah" ni.. Dlm bulan2 puase ni eloklah kta jauhkn diri kta dgn mengumpat ni.Bkn bulan puasa je tau, bln2 yg lain jgk..Jgan bulan puasa kta x mgumpat, blan lain kta mgumpat.Ha, xnklh mcm2kn..Cnth yg sye nk huraikn kt cni ialah smentara kta nk tnggu lcturer msuk klas, nk tnggu cikgu msuk klas, nk tnggu waktu berbuka,eloklah kta berzikir bnyk2 kpd Allah.Bkn sushkn kwn2. Drpd kita ckap, mgumpat org lain yg mana kta akn dpat dsa, lbih baik kta basahkan lidah kta dgan berzikir.

Sebagaimana kita semua tahu, dosa org yg mengumpat ni adlh lbih bsar drpd org yg berzina krn dosa berzina ni akan diampunkan oleh Allah jka seandainya seseorang itu tlah taubat nasuha dri kesalahannya. Nmun org yg mengumpat ni hnya boleh diampunkan oleh org yg diumpat shja. Kwn2 semua, bkn shja dosa kta tdk diampunkan, tetapi kta akan msuk nraka..Nauzubillah..Jauhknlh diri kta dri mgumpt ni kwn2..Allah jga tlh berfirman dlm surah al-Hujurat ayat 12 iaitu yg brmksud:'' Jganlah kamu mengumpat atau mengaibkn antra satu sma lain, ia adlah spt memakan daging saudara sendiri''..

Rasulullah jga bersabda yg bermaksud" Brgsiapa yg menutup aib saudara muslimnya, nescaya Allah akn menutup aibnya di akhirat kelak"..Ingat2 kwn2, klu kta xnk aib kta dibuka, jauhkanlah diri kta dri mengaibkan org ni..Klu kwn2 nk tau, org yg mengumpat ni akn mndpat blasannya. Antaranya ialah:
1. Kita seperti memakn daging saudara sendiri.
2. Di akhirat rpa kta akn bertukar menjdi anjing.
3. Phala dan kebajikan yg kta lakukan akan diberi pd org yg kta umpat itu..

Sebagai kesimpulannya, sye nk tkankan di sini spy bnyakknlah diri kta dgan berzikir kpd Allah yg mana amln berzikir adalh amln yg pling mudah dan terbaik di sisi Allah..Yg mana kita nak, samaada ldah manis atau ldah pahit?..Kwn2 semua blehlh plih dan tentukannya sendiri.Klu ldah mnis, jgalah ldah kta dgn kta2 yg baik dn seeloknya jauhknlh diri kta dgan kata2 yg buruk atau dusta..Tpuk dada tnyalah iman shbt2 smua..jgn tnye selera, klu selera ke nerakalah kta nnti..Wallahualam..Smga berjmpa lg di entry seterusnya...



























Monday, August 23, 2010

Ambillah keberkatan bangun sahur..



Salam buat Ustaz Faisal yang dikasihi dan kawan-kawan semua..x lpe jge kpd pmbce blog sye..
Moga kalian semua sihat-sihat hendaknya dan dapat mengerjakan ibadah puasa dengan baik dan penuh keberkatan..Insyaallah.
Kita bertemu lagi pada entry saya yang ke2. Ingat lagi x shbt2 smua??..he2x..mstilah ingtkn.. Baiklah, pada kali ni topik yg nk sye kongsikan bersama-sama kawan2 semua...erm, berkenaan dgn puase jgk.. Puase lg??..He2x..Ylah, ktakan dlam bulan puasa ni..Mstilah bnyk topik yg nk diulaskn. Btul x kwn2..
Topik sya ialah keberkatan amalan bersahur..Kawan-kawan semua, setiap amln sunat di bln Rmdhn gnjarannya bagaikan amalan wajib. Kawan-kawan semua taukan.. Contohnya amaln bersahur. Tetapi ramai di klgn kita yg kurang prihatin dengan hikmah dan kepentingan bersahur ni. Oleh sbb2 ada di klgn kta yg snggp bersahur lewat mlm dan kemudian sambung tidur balik. Contohnya, mereka dah habis terawih2, terus mkn dan mrk sangkakn i2 adlh mknan sahur. Hakikatnya itu adalah makan lewat malam bukan makan sahur.. Cth lain, ada di kalangn kita yg brjge mlam smp tgah malm utk menyiapkn asgnment atau kerja trus mkn dn selesai mkn trus msuk tdo. Ermm, btapa bsrnya berkat yg mrk rgi ni dan tdk ada bg mrk phala sunat bersahur. Kwn2 smua nk ke hlang pahala?..Msti xnkkan..Bgnlh sahur ye, jgn maleh2..he2x
Alsn mrk xnk bgn sahur ni adlh dsebbkn kmalasn, mgntuk, ltih dn sebgainya. hei, mcm2lh kta nikn. Beribu2 alsn yg kta kmukakn dmi utk mndpt gnjrn phala yg bsar.. Jgnlh lpaskn peluang2 ni ye kwn2 smua..Mslh xnk bgn sahur stu hal, mslh bgn shur tp x slat jga stu hal jgak..Adoi..png2..He2x..xpe2, smua ni ad penyelesainnyakn...Jgn rsau ye.. Smelah2 kta rnung2 dn fkir2kn..
Bersahur dlam erti kata yg sbnr ialh mkan slps waktu tgh mlm atau dinihri sblm trbt fjar bg umat Islam yg brpuasa pd bulan Rmdhan atau bln2 yg lain. Oleh itu shbt2 smua, brsahur jg dikira mndpt phla yg bsar dan penuh kbrktn bg mrk yg mgamlknnya. Rgi klu tngglkn ni.. Sebagaimana Rasulullah brsabda yg brmksud,'' Mkn sahur itu brkat, oleh sb itu jgn kmu meninggalkannya wlaupn slh seorang drpd kmu hnya mnguk steguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya brselawat ke atas org-org yg brsahur"..Ha, dgar2 kwn2 smua, brkat klu kta bgn shur ni..Klu kta xnk mkn pn, mnumlah steguk air..Sdh memadai sbgaimana nabi junjungan kta nyatakan.Skdr utk mgmbl brkat shur..
Kwn2 sekalian,
Trdpat bnyk klebihan bg org2 yg bgn shur ni. Kwn2 semua nk tau x??..Ha, bce ye klebhn brshur ni. Sya akn jlasknnya. Antra klebhnnya ialah:

  1. Kta akn mndpt blasn dan gnjran phala drpd Allah.
  2. Mghalng diri kta dari melakukan perkara2 yg tdk bermoral yg dipengaruhi oleh kesan berlapar di siang hari.
  3. Mgikut amln sunnah yg dilakukan oleh Rasulullah.
  4. Memberi kta kekuatan utk melakukan ibdt dan kecerdasan kpd org yg brpuasa bg mghdpi rsa lpar dan dhga di siang hari.
  5. Mengingatkan dan memberi peluang kpd kta yg trlupa melakukan niat puasa pd mlm harinya.
  6. Doa kta akn dmakbulkan Allah..

Ermm, bnykkn kelebhnnya..Apa lagi kwn2, rbutlah peluang ni..Kwn2 smua, dgn bgn dan brdoa di waktu sahur mempunyai barakah krn pd waktu itu rahmat drpd Allah turun dan doa kta akn diperkenankan oleh Allah. Sebgaimana yg disabdakan Rasulullah drpd Abi Umamah yg brmaksud."Bilakah wktu doa itu didengari? Jawab bginda "Pada wktu tngah malam dan slpas smbhyg fardhu." Skrg kita taukan amln brshur ni besar fdilatnya. Di ksemptn yg ada, eloklah kta mgmbil peluang dgan mlakukan amal2 soleh spt berwuduk, berzikir, mengaji al-Quran, solat tahajjud dan sebgainya...Smntra kta nk tnggu slat sbuh, marilah kta mgerjakan amln2 sunat ini ye kwn2..Oleh i2 kwn2 rbutlah peluang utk melakukan amln sunat di smping tetp mnjlnkan amln wjib.

Selain itu, mknan yg disunatkan ktika bersahur ni, kwn2 taux??..xtau ye..xpe2, sya jlasknnya..Mkanan yg sebaik2nya ktika kta brshur ialah mknan yg sederhana bersesuaian dgan kemampuan msing2. Pun bgtu kta tdk dgalkkan utk mgmbil terlalu sdkt atau trlalu bnyk mkanan. Memadai dlam anggarn yg sckupnya bg mmbntu kita utk mgerjakan puasa pd keesokan harinya.Shur yg dianjurkn ialah dgn memakan kurma atau tamar. Bersahur dgan memakan kurma ni adlh sebhgian drpd sunnah Nabi kita.. Klu kta mengamalkannya, Allah akn memberikan phla sbg gnjrn kpd kta. Malah kwn2 smua nk tau, mgikt kjian menunjukkan bhwa buah krma mgndungi kndungan gula yg brfungsi mmperceptkan proses kperluan tnga dlm tbuh kta. Jd, dgn memakn krma kta akn mnjd kuat krn dgan memakn krma ia memberi tnga kpd kta. So, x ltihlah kta brpuase pd siang hrinya..

Kta jga dgalakkan utk melewatkan shur dan mrupkn amln sunat. Hal ini klu kwn2 nk tau adlh krn utk memendekkan masa bagi menhn diri drpd lpar dan dhga serta menghindari drpd melakukan perkara2 yg bleh membtlkn puasa. Dlm mengerjakan ibdt puasa jga, shur adalh amln sunat yg amt digalkkan kpd mrk yg brpuasa. Namun, dlm era globalisasi yg sntiasa brgerak pnts ini, umat Islam hnya memndg rgan dgn amln brsahur ini. Brmcam2 alasn yg dikemukakan smata2 krn tdk mahu bgn sahur. .

Umum bgitu arif dgn kaum lain yg jg mengerjakan puasa ni, nmun apkh yg membezakan amln puasa org Islam dgn mrk??Cuba kta brfkr sejenak..

Prbezaannya ialah trletk di dlm pengambilan mkanan shur yg mana kita tahu mrk tdk bersahur..

Bagi org yg bersahur ni, Allah akn memberi keuntungan yg brlipat kali ganda. Selain drpd kta memperoleh kekenyangan dn kekuatan utk mengerjakan ibdt puasa pd sebelh siangnya, kta jg akan memperoleh berkat yg diturunkan pd kta spnjg hari kta mlksanakan ibdt trsebt. Oleh itu, kwn2 mrilah kta sma2 mgmbil kberkatan brshur ni yg mana trdpt bnyk fdilt2nya. Ayuh kwn2, jm bgn shur..Rjin2kn diri anda..Bnyk mnfaat yg kta dpat. Jgan lpaskan peluang yg sbgni..Ayuh! Ayuh!..

Sunday, August 15, 2010

Mercun Oh Mercun!!!...




Assalamualaikum..
Apa khabar semua?..

Diharapkan Ustaz Faisal, kawan-kawan yang saya kasihi dan pembaca-pembaca blog saya dalam keadaan sihat hendaknya..Semoga kita diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan..Insyaallah ye sahabat-sahabat..
Sempena kita semua menyambut puasa ni, saya terfikir untuk mengulas isu mengenai bulan Ramadhan. Banyak isu yang bermain di fikiran saya untuk dikongsi bersama-sama ustaz dan sahabat-sahabat sekalian..Ape ye isu sye2...jeng-jeng2....
Memandangkan ini adalah entry saya yang pertama dan kebetulan pada bulan Ramadhan ni, saya berminat untuk mengupas isu yang sangat hangat diperkatakan di dada-dada akhbar apabila tibanya bulan Ramadhan ni iaitu berkenaan dengan mercun...

Saya rasa topik mercun ni memang famous sekarang..Maklumlah, dah tibanya puase..Mesti kanak-kanak seronok sangat bila tibanya bulan puase dan rayakan..Sebabnya boleh bermain mercun. Kebiasaannya, kanak-kanak ni akan bermain mercun sesama mereka dan bermain mercun tidak kira di mana-mana. Contohnya, mereka bermain di rumah-rumah orang lain, di tepi-tepi surau dan masjid, di taman-taman permainan yang berdekatan taman perumahan dan sebagainya. Hal ini sudah pasti mengganggu masyarakat sekeliling dengan bunyinya yang bising tu..

Ada satu hari2, saya menyapu di hadapan rumah.Tengah-tengah syok saya mengemas ni, tiba-tiba saya terdengar satu bunyi...BooOOOOMMMM!..Ya Allah, punyalah terkejut saya, hanya Tuhan yang tahu..Saya pun carilah di mana punca bunyi yang kuat2..Rupa-rupanya,saya lihat kanak-kanak yang masih berbaju sekolah bermain mercun di hadapan rumah saya. Ramai jugaklah mereka2, ada dalam sepuluh orang. Riuh rendah mereka membakar mercun2 sambil menyakat kawan-kawan lain. Saya lihat kawasan sekeliling, tiada orang dewasa yang mengawasi..Siapa yang akan bertindak kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini?....

Sekarang ni semua tempat ada sahaja kedengaran bunyi mercun..Bising..Sangat memekakkan telinga..Yang membuatkan saya geram ialah mereka ni membakar mercun di rumah-rumah orang, bukannya rumah sendiri..Tindakan mereka ini sangatlah menganggu penghuni rumah yang sedang leka menyiapkan juadah berbuka dan bermacam-macam lagi aktiviti harian yang lain..Ibu bapa mereka boleh membiarkan sahaja perbuatan anak mereka, janji rumah mereka bersih. Lagi dasyatnya apabila mercun yang mereka bakar mengganggu jemaah yang sedang solat, membaca al-Quran di surau atau masjid.

Hei..memang banyak dah bersabar di bulan yang mulia ni..Tetapi perbuatan mereka ni sudah keterlaluan dan boleh membahayakan diri, orang lain di samping rumah orang pun akan turut terbakar disebabkan perbuatan mereka ni..Bunyi mercun yang kuat2 boleh membuatkan orang sakit jantung apabila bunyinya berdekatan dengan kita..Yang peliknya ibu bapa mereka langsung tidak mengawasi perbuatan anak mereka yang boleh mengancam nyawa itu..Sepatutnya mereka menasihati anak mereka supaya bermain di kawasan lapang agar tidak mengganggu orang.

Sahabat-sahabat sekalian,

Kita semua taukan Ramadhan adalah bulan yang suci untuk bertakwa kepada Allah, berpuasa, membaca al-Quran serta mengeratkan silaturrahim. Ia adalah bulan untuk beribadat. Tetapi di mana fungsi mercun yang berbunyi kuat dalam aktiviti bulan Ramadhan ini??.... Bunyi mercun yang kuat2 membuatkan orang lain tidak gembira...atau mereka pun turut suka dengan bunyi-bunyi yang membingitkan telinga2..

Kalau ditanya kepada mereka, memang mereka rasa seronok sangat.Ahh..kanak-kanak, biasalah. Mereka hanya tahu berseronok sahaja..Berseronok banyak caranya dan ibu bapa perlulah meneliti cara mereka berseronok agar tidak terjerumus dengan gejala negatif dan mengundang kemarahan orang ramai..Betul tak kawan-kawan...Perbuatan mereka ni memang menguji tahap keimanan bagi mereka yang mengerjakan ibadah puasa..Sabar sajalah...ni kan bulan Ramadhan..

Sepatutnya ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka agar menjadi anak yang soleh dan solehah. Tidak terjerumus kepada perkara yang membahayakan diri sendiri dan orang lain..Bermain bunga api2 bolehlah rasanya...yang tidak mengganggu orang lain selain tidak bising bunyinya..Hanya sekadar nak memeriahkan lagi suasana apabila raya nanti..Apa orang kata2, best kalau lihat bunga api yang sangat cantik2 pada waktu malam..Terasa cikit suasana nak menyambut raya nanti..Hehe..Ada juga macam2 ya..

Erm..sedar tak sedar isu kita ni dah nak sampai ke penghujung dah..Baiklah sahabat-sahabat semua, awasilah setiap tingkahlaku dan pergerakan adik-adik kita yang sedang leka dengan mercun ni..Nasihatlah mereka agar tidak terjebak dengan permainan yang membahayakan ni..Hargailah nyawa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita dengan menjaganya dengan sebaik mungkin. Ingatlah ye kawan-kawan semua, nyawa kita ni hanya pinjaman semata-mata dan kita harus bersyukur dengan nikmat yang diberikan Maha Pencipta ni..

Oklah kawan-kawan, sampai sini dulu isu saya yang pertama ni..Emm,rasa-rasanya kawan-kawan dapat tak input baru dengan isu yang saya tuliskan ini??...Mudah-mudahan ada sedikit pertambahan ilmu untuk kawan-kawan semua..Dan moga-moga dengan sedikit ilmu ni dapatlah kita jadikan sebagai panduan untuk bekalan pada hari mendatang..

Sekian,wassalam..Kita jumpa lagi di lain isu...

Jab,jab lum habis laie...Saya nak ucapakan ''Selamat Berbuka Puasa'' pada semua..Lopeh berbuka,jangan lupa solat terawih yo kawan-kawan...





































Salam Ramadhan buat semua..


Assalamualaikum dan salam Ramadhan bt ustaz yg sye sygi iaitu Ustaz Faisal, rakan-rakan seperjuangan yg mgmbil subjek PPPM 3032 (Teknologi Maklumat Dakwah) dan tdk lpe jga kpd sesiape yg mmbce blog ini...


Sudah tiba masanya utk kta smua menjalani ibadah puasa selama sbulan dan pastinya inilah blan yang ditunggu-tunggu oleh semua Muslimin dan Muslimat untk mndptkn lbh bnyk kberktan..em, rse srnkn kwn-kwn ble tbe buln Rmdhn ni..


Bercrta tntg puase ni, semua sdia mklum bhwa puase bkn skdr mnhan diri drpd lpar dan dhga tetapi jg menjauhi larangannya..Kta berpuase slme sbuln ni adlh utk mncari kekuatan sejati dlm diri kita agr dpat menentang sgla dugaan dan cbrn yg brlaku..Jd hrpn sye agr kta smua teruskn berjuang dmi mncari di mana sebenarnya kta dan smga kta mndpat keredhaan Allah..Insyaallah..


Akhr skali, sye hrp kta smua dpt mnjalani ibadah puase dgan pnuh keimanan dan dpat melakukan ibdh terawih bersama keluarga dan rkan-rkan..Kpd kwn-kwn sye jgn ponteng trwh ye..Mrilah kta sme2 memenuhkn masjid dan surau2 yg ade di klej UKM ni,trutma klej Za'ba...Ingt kwn2, puase sbln je..dlam mase sbln nilh kte dpt mmpertngktkn amln kte kpdNya..Ayuh kwn2..jom poie solt terawih.........